Tapi aku bersyukur sangat kerana Allah memberi ilham kepada manusia untuk mencipta blog. Bila baca blog aku rasa lagi menarik daripada buku cerita yang hanya ada 2 warna, hitam atau putih. Sangat dull! Bacaan dalam blog bagi aku sangat menghiburkan dan banyak choice yang aku bleh pilih. Contohnya kalau aku suka politik, bersepah2 blog pasal politik. Kalau aku nak hiburan, ada juga blog2 hiburan, blog pendidikan juga banyak. Pendek kata, segalanya diperkayakan di blog. Lengkap. Tapi kata sesetengah orang, bahan di blog memang tak boleh dipercayai sangat. xde integriti dan xdapat akreditasi. Terpulanglah, bagi aku sama saja. Yang dah dibukukan pon kadang2 ada juga mengarutnya. Jadi, pandai2 lah buat filter dan bahagi siap2 compartment dalam otak untuk ditapis dan dicerna maklumat yang diterima.
Berbalik pasal blog, aku baru lepas membaca satu blog seorang rakan. Memang rasa tenang saja baca blog beliau. Sedingin salju dan kadang2 aku tersentap dengan kata2 beliau yang banyak buat aku terfikir pasal diri. Cerita beliau selalunya bersahaja dan menceritakan pasal kehidupan seharian beliau. Namun, setiap kali baca, aku pasti ramai yang akan terkesan. Sebab cara hidup beliau memang sederhana dan boleh aku katakan, beliau punya contoh teladan seorang umat sejati. (memang contrast ya amat la kan dengan aku) Bezanya antara blog beliau dan blog lain (termasuk blog cikai2 aku) adalah:
1. Tiada cerita pasal fesyen terkini atau desire yang tinggi pasal hal2 duniawi.
2. Banyak cerita pasal family, betapa beliau menghargai ibu bapa dan saudaranya.
3. Banyak cerita reflection beliau tentang hidup sehari-hari dan bagaimana perlu di'improve'
4. Tiada bahan2 hiburan melampau seperti klip2 video KPOP atau berentak disko. (Aku xfaham ada orang boleh terlalu obses dengan kpop. ???)
5. Beliau tidaklah stylo dan sangat low profile tapi punya aura tersendiri. (Melampau x aku?)
6. Tiada gambar2 berahi yang mampu menjolok mata segenap yang memandang.
7. Tiada unsur2 makian, cacian, atau cerita yang tidak berpuas hati kat orang ini, atau orang itu.
8. Beliau sangat bersyukur kerana menjadi diri beliau. Malah sangat menghargai diri dan peluang yang diberikan keatas beliau.
9. Dan yang paling penting, beliau sangat rajin membaca dan membuat reflection pasal apa yang dibaca di dalam blog beliau. (Ini saya paling suka! ^_^)
Teringin aku menjadi seperti itu. Seorang yang SANGAT taat pada agama, SANGAT menghormati ibu bapa, SELALU berhubungan baik sesama saudara, rakan2 dan seluruhnya. No wonder lah beliau sangat disenangi oleh semua orang malah aku rasa dia ni memang tiada langsung musuh kecuali satu, SYAITAN. Aku kagum betapa beliau telah berjaya survive dalam kehidupan dunia yang penuh helah dan tipu daya serta cabaran. Sangat kagum! Kerana beliau masih berjaya membawa identiti islamiyah di dalam jiwa dan zahiriyah beliau walau kemana saja beliau pergi. Aku doakan beliau terus menjadi diri beliau dan xlekang dek panas serta lapuk dek hujan. :)
Notabuatmulutmurai: Beliau adalah seorang WANITA berhati besi. Terus kental dan kukuh dipersada pendidikan negara.


2 comments:
Benda yang baik harus dikongsi. Mana link nya?
Ibrahim Ismail - U know who she is... :)
Post a Comment