
Beberapa jam lagi, kita semua, umat Muhammad S.A.W akan menyambut ibadah yang paling nikmat dan penuh hikmah iaitu ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Justeru itu, pernahkah kita berhenti sejenak dari segala urusan kita, tarik nafas, tenangkan fikiran dan mula merancang strategi kita bagi menghadapi bulan yang mulia ini?
Apakah sanggup kita mengenepikan sebentar segala urusan duniawi kita demi mendapat BONUS akhirat yang disediakan oleh Allah buat umatnya hanya pada bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan ibarat MEGA SALE pada setiap hujung tahun. Ibarat HAPPY HOUR. Pada masa ini, semua umat akan mendapat keuntungan berlipat-lipat kali ganda sekiranya turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Jarang kita merancang perjalanan hari-hari kita di bulan Ramadhan. Yang kita tahu, asal sembahyang cukup, puasa cukup, duit untuk raya ada. Itu saja? Sedar-sedar, habis begitu saja bulan Ramadhan. Kita tengok orang sambut Aidilfitri ( 1 Syawal), kita pon ikut turut serta tanpa mengetahui objektif dan tujuannya. Inilah yang dikatakan golongan yang RUGI. Bercakap tentang golongan yang rugi itu, aku juga si penulis termasuk dengan mereka sekali.
Oleh hal yang demikian, marilah kita bersama-sama bermuzakarah tentang apa aktiviti-aktiviti di bulan Ramadhan ini yang perlu kita buat dan elakkan...Jom!
1. SEBELUM SAHUR - Seelok-eloknya sebelum bangun sahur eloklah kita bangun untuk bertahajud dahulu. Kemudian selesai bertahajud, bacalah Al-Quran sedikit sementara menunggu ibu menyediakan juadah sahur. KURMA. Jangan pernah lupa untuk mengamalkan makanan ini. Sunnah Rasulullah bersahur dengan kurma. Perut kenyang, pahala pon dapat. Senang ja kan? Alhamdulillah...
2. SELEPAS SAHUR - Selesai sahur jangan terus sambung tidur! Haaa...yang ni memang sedap ni. Lepas makan memang sgt sedap kalau dapat tidur. Kan? Nak2 plak kalau dapat bantal, kena plak hujan renyai-renyai di luar, dengan selimut petak-petak, ditarik, mengeliat 2 3 kali, selamat terus belayar dilautan mimpi. Kelia! Seeloknya lepas sahur, mandi terus! Ikut ayah pergi berjemaah Subuh di surau atau masjid. Selain mendapat pahala EXTRA, kita juga dapat mengelakkan perut menjadi buncit dan boroi kerana tidur selepas makan adalah tidak elok untuk kesihatan.
3. SIANG DI BULAN PUASA - Selepas balik dari surau / masjid, boleh la tolong ibu mengemas di dapur, kemas rumah ke, cuci pakaian ke dan apa saja aktiviti yang menyihatkan. Ingat! Lawan nafsu tidur! Sebaiknya, penuhi aktiviti harian dengan apa jua yang berfaedah cuma elakkan 3 perkara. Yang pertama, MENGUMPAT. Jadi seharusnya mestilah mengurangkan aktiviti ONLINE kerana di FB mahupun BLOG dan sebagainya penuh dengan unsur-unsur fitnah yang membolehkan kita terjerumus. :p Yang kedua, elakkan menonton TV dan movie. Umum mengetahui yang media-media dipenuhi sumber-sumber serta gambar-gambar yang boleh menaikkan syahwat. (Paham-paham la kan?) Yang ketiga, elakkan TIDUR. Sememangnya, apabila tiada aktiviti lain yang hendak dibuat, tidur memang menjadi pilihan utama. Hehehe...
"Habis tu nak buat apa lagi kalau ini xboleh, itu xboleh? Lu pikirlah sendiri bai...dah nama pon MERANCANG. Rancang lah sendiri. Kalau gua gitau, macam la lu mau ikut gua. Gua lain, gua kaki masjid. Bulan puasa ni, 5 waktu gua nak menapak di masjid berjemaah. :p"
4. MEMBELI JUADAH BERBUKA - Ingat! Jangan over! Beli sekadar yang perlu sahaja. PERINGATAN: Apabila perut lapar, nafsu membeli adalah 2X ganda dari biasa. Maka, kita akan terdorong membeli dengan banyak dan makanan yang di beli selalu berakhir di tong sampah kerana xhabis. Elakkan pembaziran. Sebaiknya, xperlu bawa duit byk bila ke bazaar Ramadhan. Cukup lah setakat RM10 ja. Rancang elok-elok apa nak makan dari awal. Then, jangan dok lama-lama kat situ. Lagi lama duk situ, lagi banyak yang dibeli. Sebaiknya, selesai ja beli, terus balik!
5. BERBUKA - Berbuka semestinya dengan KURMA dahulu sebagai intro. (Pahala free lagi!) Lepas tu bedal la apa yang patut. Haha...Sebaiknya, intro kurma 2 biji, air susu segelas, pastu solat maghrib dahulu. After that, baru bleh bedal, tapi jgn overdose lak.
6. TARAWIKH - Lepas makan nak kena tarawikh di surau. Haaa...part ni paling best! Alangkah indahnya bersolat tarawikh! Seronok bila ramai-ramai ke surau / masjid untuk berjemaah. Masa ni lah nak jumpa kawan-kawan lama dan muka-muka yang rare nak tengok. :) xlupa budak-budak kecik berlari-lari keliling masjid main aci ligan la, aci sembunyi la, tuju kasut la. Tapi xpa la, budak-budak kan. Jangan curi kasut sudah. huhu. Berbalik pada tarawikh tadi, sebaiknya buatlah sampai habis 23 rakaat sekali witir. Biasalah, selalunya sampai ja 8 rakaat, TV kat rumah dok memanggil-manggil, banyak rancangan kat ASTRO yang best-best, "Ketuk-ketuk Ramadhan la, Senario Ramadhan la, Sepah Ramadhan la dan sebagainya edisi Ramadhan." xpun terketaq-ketaq tangan gara-gara xmain FB atau Blogging. Bertahanlah! Selesai tarawikh, bersalam-salamanlah dengan tok imam, dan para jemaah kerana bukan selalu berpeluang bersalaman mengikat silaturrahim. Pahala lagi buleh. Alhamdulillah...
7. MOREH - Paling seronok adalah, MOREH! Setiap malam tertanya-tanya, "Malam ni moreh lauk apa eh?" Jangan pula dok berebut dengan budak sampai ada yang kena luku pala sebab amik lebih! Biaq p la kat depa. Anggaplah sedekah kerana budak-budak tu bukannya cukup akal lagi. Kalau x pun, tegur elok-elok, ajar dengan berhemah. Bukan pa, kalau buleh luku sedaih, esok-esok depa malaih dah nak mai masjid. Lama-lama depa jadi jauh hati dengan masjid, makin jauh dan jauh. Kesannya, depa p melencong kot lain padahal habaq kat mak pak nak p tarawikh. Walhal ke taman mainan skodeng awek, merokok la, main pokden (judi kad terup) la dan sebagainya. (Haih! Ckp berdasarkan pengalaman ka ni cik penulis? :p) Alhamdulillah, aku terpelihara dari terlibat dengan SERIUS dalam aktiviti-aktiviti sebegitu sepanjang hidup ini, tengok kawan-kawan buat ada la. Syukur!
Haish! Bila dipikirkan balik, teringin nak berpuasa masa kecik-kecik dulu. Bila semua 5 beradik kami ada dirumah. Sama-sama bersahur dan berbuka. Seronok! Rindu la... :(
Ramadhan kali ini menyaksikan acara bersahur aku hanya bersama umi dan abah sahaja. (Ini pon dah cukup baik dari sorang-sorang! :)
Acara berbuka pula adalah di Al-Ikhsan kerana mengambil upah part time jadi promoter.
Setiap hari aku kerja, jadi 30 hari bulan Ramadhan memang aku di Al-Ikhsan SAHAJA. Shooot!
Oh! Indahnya kalau aku masih menganggur dan setiap hari bersenang lenang diatas tilam empuk. Hehehe... :p
Tapi aku perlu kerja bagi menambah pendapatan untuk meraikan Syawal nanti.
p/s: Aku masih xberubah, suka ckp merapu. Ikutnya awal-awal nak bincang pasal fadhilat Ramadhan dan amalan di dalamnya. Tapi melencong ke lain plak. Lenkali la yer. Huhuhu...bye~!
"Intro aku tadi gempak dah kan? Mesti hampa xexpect ending dia camni. Hahaha..."


0 comments:
Post a Comment