Wednesday, September 7, 2011

This is rare




CITIZEN ANA-DIGI TEMP WATCH FUTURIST RARE RETRO

I have a big desire to own this thing.

Very nice to see, nice to hold and nice to wear.

Nak satu please!

Serius! Nafsu aku begitu buas dengan makhluk yang bernama jam tangan. :p

notacelahrambutafro: Buat hantaran kawen pon ngam ni!

Saturday, August 27, 2011

Life is a rudetense


Saya seorang penganggur sepenuh masa.

Tapi saya merupakan seorang promoter separuh masa di kedai kasut.

Kerja saya adalah mempromosikan kasut disamping membantu di kedai kasut.

Saya tiada cuti yang banyak.

Orang lain dah bercuti, tapi saya sibuk bekerja.

Orang lain dapat meluangkan masa dengan keluarga, lepak dengan kawan-kawan, reunion, shopping, jalan-jalan.

Tapi saya masih bekerja.

SAYA SANGAT PENAT

Saya penat wahai alam.

Beri saya sedikit ruang bernafas wahai alam.

8.46 pagi.

Saya mahu tidur.

Kerana perlu bangun pada pukul 1.oo ptg untuk kembali bekerja.

Selamat malam dunia yang cerah pada realiti kamu, tapi gelap pada realiti aku.

Helaian Epilog Teks Ringkas Edisi Raya



Salam!
Duit gaji 1st batch utk part-timer macam saya sudah habis. Licin dalam masa satu hari.
Alhamdulillah, semua digunakan dengan baik seperti yang dirancang.
Raya tahun ini sangat istimewa sbb saya ada duit gaji.
Tapi gaji sangat sikit, maka:

1. Saya xdapat beli kasut baru yang dah lama saya minat.
2. Saya xdapat beli jam tangan baru yang dah lama saya idamkan.
3. Saya xdapat beli baju baru untuk raya.
4. Saya xdapat bagi duit raya untuk budak2 kecik.
5. Saya xdapat belanja cik isteri saya dan belikan dia apa-apa.

Tapi saya syukur sebab:

1. Saya dapat beli baju raya untuk umi & abah.
2. Saya dapat beli baju bundle untuk diri saya.
3. Saya dapat bagi duit raya untuk umi & abah.

More than enuff... :)

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat diatas segala nikmat yang diberikan.

P/S: Untuk gaji 2nd batch? hehehe... :p
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua rakan-rakan yang beragama Islam mahupun lain-lain agama. Kita semua 1Malaysia. Jom sama-sama sambut! Maaf zahir batin andai ada bahasa yang xpatut diucap, terjojol keluar dan andai ada khilaf yang xberkenan terbuat secara xsengaja mahupun sengaja. Sesungguhnya saya insan lemah dan sedang meng'improve'kan diri. Sila jangan marah dan senyum selalu. Anda sangat comel bila senyum! Sumpah! ^_^

Thursday, August 25, 2011

Umi, abang sayang umi! :'(

Sila renungkan kisah dibawah ini:

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.



Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.



Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.



Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.



Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."



"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

by: Blog Teh Secawan



Notabuathatipilu: Setiap tahun umi xpernah lupa hari lahir aku. Setiap tahun umi pasti xlupa untuk wish aku. Tapi sejak akhir2 ni, umi dah xwish lagi tepat pukul 12. Aku pasti, umi letih kerana menjahit pakaian. Walaupun duit gaji abah dah cukup menanggung makan pakai kami sekeluarga, umi tetap gigih mengambil upah menjahit pakaian terutama menjelang hari raya. Kata umi, "Nak harapkan gaji abah, memang cukup untuk makan pakai anak2 umi. Tapi umi kesian tgk anak umi kadang2 xdpt nak merasa kesenangan yang orang lain rasa. Sekurang2nya bila umi jahit baju, dapat duit lebih, abang dgn adik2 bleh beli apa2 yang teringin."

Tersentap seketika aku bila umi ckp camtu. Sejak 25 tahun aku hidup, xpernah aku tgk umi beli sesuatu yang mahal melebihi dari apa2 yang anak2 miliki. Harga jam2 tangan aku malah lebih mahal dari seutas gelang emas di tangan umi. Umi xpakai asics tiger, adidas, nike, malah jenama kasut mahal2 macam vincci, emilio valentino, carlo rino pon umi xpakai. Umi gak xdak koleksi beg tangan yang mahal2. Umi hanya pakai selipar bata yang abah beli masa hari raya 2 tahun lepas. Umi sgt cermat simpan duit. Semua untuk anak2. Umi jarang berbelanja untuk diri sendiri. Apa saja yang umi beli, kebanyakan untuk anak2. 25 tahun aku hidup xpernah aku dengar umi merungut cakap bosan dengan apa yang umi buat atau lalui hari2. Umi hanya hidup untuk anak2 dan suami tercinta.

Setiap kali hari lahir anak2, umi akan masak kek untuk kami. Tapi aku selalu merungut, cakap kek yang umi buat xsedap. xsama macam yang kat kedai. xdak lilin. Umi senyum saja. Sejak dari tu, umi xbuat lagi kek untuk aku. Kalau sempat, umi suruh abah beli kek macam yang aku nak di kedai bila tiba hari lahir aku.

Umi juga akan bagi hadiah setiap kali hari lahir aku. Tapi aku akan merungut sebab hadiah yang umi bagi xbest dan aku xsuka. Sejak dari tu, umi dah xbeli lagi hadiah untuk aku. Umi hanya akan bagi duit untuk aku beli sendiri hadiah yang aku suka.


Umi,

Abang rindu nak makan kek coklat yang umi masak untuk abang masa hari lahir abang dulu.

Abang janji abang makan sampai habis. Abang janji abang xmerungut lagi.


Umi,

Abang nak hadiah dari umi. Dapat ciuman kasih sayang dan pelukan dari umi pon dah cukup. Abang xkan merungut lagi.


Umi,

Sempena hari lahir abang yang ke-25, abang xmau minta apa2 lagi. Cukuplah abang ada umi! Abang nak habiskan masa2 yang ada dengan umi. Abang nak minta maaf kerana abang terlalu pentingkan diri selama ini. Abang menyesal kerana abang selalu xdengar cakap umi. Abang menyesal sebab selalu lupa untuk ucap terima kasih diatas segala yang umi buat untuk abang. Abang menyesal sebab abang selalu lupa untuk ucap yang betapa abang sayang dan cinta umi sangat2! I love you umi! Abang janji akan jadi anak yang baik! Abang xmau jadi mcm cerita di atas! Abang xmau bila umi dah xdak, baru abang nak cari umi. :'(


I love u umi!


I love u sangat2, so muchhh!


Umi dengar x?


Abang sayang umi!


Wednesday, August 24, 2011

Baiklah umi! :)



Aku seorang yang sgt suka mandi malam.
Umi dan abah selalu marah, depa kata xelok mandi malam, nt ayaq masuk paru2.
Ikutkan logik aku. How come? Mana boleh ayaq masuk dalam paru2 melainkan aku sedut ayaq melalui hidung atau mulut.
xlogik!
Kepercayaan ni hanya mitos orang lama2 sebab nak jimatkan bil air kot? hahaha...

Paru-paru berair atau juga dikenali sebagai PNEUMONIA merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru2. Ia berpunca dari pelbagai keadaan. (Sumber berita dari wikipedia)
Diulangi, PELBAGAI keadaan.
xsemestinya sebab mandi malam. Am I right?
Aku juga pernah baca stu artikel di dalam majalah yang mengatakan bahawa punca PNEUMONIA bukanlah disebabkan oleh mandi malam.

Bagi aku, punca paru2 berair adalah disebabkan oleh parents itu sendiri.
Mau nye xsakit kalau setiap kali mandi malam ja mak ckp,
"Jangan mandi malam jang oi! Kang masuk air dalam peparu tu!"
Kalau 40 hari ekau mandi malam, kompom ekau masuk spital esoknye sobab paru2 ekau berair berkat doa mak bapak ekau! Hahaha....

Jadi disini den nak berposan lah kek mak bapak den dan juga mak bapak di seluruh dunia, janganlah tegur kalau den dan anak2 ekau nak mandi malam. Den tau, ekau berduo sayang bonar kek den, tapi tegurlah bila den dah siap mandi ha.

Aku pernah ckp kat umi pasal ni. Sejak tu, umi dah xtegur lagi kalau aku mandi malam. Tapi ada pesanan versi baru plak.
"Abang kalau nak mandi malam tu tahan nafas bila jirus air. Jangan bernafas sambil jirus air."
Tu ja. Short and simple but yet so meaningful. Aku paham dah. xtau la kat mana umi belajar pasal teknik mandi camtu. But, aku tetap amalkan macam yang umi suruh. Semput juga kadang2. Kena plak ayaq sejuk2, time hujan. Brrrrrr... Terima kasih umi sebab sayang abang... :)

Notabuathatibatu: Aku sebenarnya memang suka sangat mandi malam2 especially bila nak tidur. xbleh tidur weyh kalau badan dok rasa hangat dan melekit. Dah la balik keja pon malam dah. Kalau xmandi, alamat xbleh nak tidur la jawabnya. Esh! Dengan badan berlengas, muka berminyak, gigi xgosok...huih! xbleh2...


Tuesday, August 23, 2011

Mission accomplish!

Aku keluar rumah tanpa hala tuju tadi. Berbekalkan dengan sedikit wang dari umi, aku melilau mencari baju raya dan barang2 persiapan buat beraya.

Pusing2...

Jalan2...

Aku ternampak satu poster giring dari kumpulan nidji.


Aku lihat diri aku di dalam cermin beserta rambut rosak aku bekas rebonding dahulu.

Macam ape ja aku tgk.

Aku belek2 lagi muka aku.

Aku tengok poster giring.

Lama aku menung.

Hasilnya...


Aku dah semakin sewel tatkala menunggu bulan jatuh ke riba. Alahai bila la nak posting?

Today is OD (off-duty)

Hari ini saya off duty.

Buat pertama kalinya dalam bulan puasa ni saya bangun pukul 11 pagi dan mandi. Houyehhh! (bertuah kan saya?)

Saya nak shopping! ^-^

Tengok duit dalam wallet ada RM5 shj. No more no less.

Saya: Ehem! Ehem! *Umi...pinjam sket boleh? Gaji xmasuk lagi la.

Umi: Hurm...agak dah...

Hoorayyy! Hoorayyy! It's a holi, holidayyy!

Saya nak baiki jam adidas saya yang dah lama xbertali. (Jam ini sangat susah nak cari tali dia, kena booking sebab xleh masuk tali biasa. Dasar jam cerewet!)

Saya nak potong rambut. Sebab saya rasa berserabai sangat2 dengan rambut rosak ni.

Saya nak jalan2, tengok wayang ka. *Bulan posa ni mcm xelok ja tgk movie. Kan?

Lantaklah...saya nak keluar!

Notacelahbontot: Aku mungkin akan menghabiskan seluruh masa aku di bundle sekitar Alor Setar. Hohoh!